Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad diarah untuk membela diri atas pertuduhan rasuah RM2.8 juta membabitkan Felcra Berhad.<br /><br />Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Rozina Ayob membuat keputusan itu selepas mahkamah selesai mendengar hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan pada 24 Jun lalu.<br /><br />Selepas meneliti keterangan saksi-saksi pendakwaan serta penghujahan kedua-dua pihak, mahkamah mendapati pendakwaan berjaya menimbulkan prima facie terhadap kedua-dua tertuduh.